BAB 5 : CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN
Saya juga dapat mengaplikasikan apa yang telah saya pelajari secara teori di politeknik kepada amali di sini. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu pemahaman saya dalam teori yang tidak dapat difahami sepenuhnya.
Latihan industri ini juga membuka peluang kepada saya untuk berhubung terus dengan pihak pengurusan syarikat dan seterusnya dapat membuka jalan kepada saya untuk menjadi salah seorang daripada kakitangan syarikat ini apabila tamat pengajian. Hal ini memudahkan saya untuk mencari pekerjaan apabila tamat pengajian nanti. InsyaALLAH.
Oleh yang demikian, saya mencadangkan pihak pengurusan politeknik menambah lebih banyak lagi jam kredit untuk menjalankan amali di dalam modul bagi setiap semester. Ini adalah kerana saya dapati bahawa apa yang dipelajari secara amali lebih mudah berbanding teori. Hal ini secara tidak langsung juga dapat membantu pemahaman teori pelajar. Ini kerana saya menjalani latihan industri barulah saya dapat rasa betapa kerdilnya dan sikitnya pengetahuan saya selama ini.
Selain itu juga, jika dilihatkan masa sekarang sesebuah syarikat lebih memandang tinggi seseorang yang mempunyai pengalaman jika dibandingkan dengan seseorang yang mempunyai pelajaran tanpa pengalaman ataupun seseorang yang mempunyai mata gred peperiksaan yang tinggi. Dengan ini kita dapat membuat kesimpulan bahawa pendidikan secara amali adalah merupakan sesuatu yang sama penting dengan pendidikan secara teori dan ianya boleh menjadi batu loncatan untuk para pelajar pergi jauh lagi kerana latihan industri adalah satu lonjakan paradigma kepada perkembangan minda.
Comments
Post a Comment