BAB 4 : LAPORAN TEKNIKAL

4.1 Tukar lining brek drum


Peralatan yang digunakan

  • Playar
  • Tukul
  • Skru driver
  • Impact
  • Hydraulic jack
  • Socket box 21mm/ 11 mm
  • Lining brek
  • Spray cleaner
Cara - cara menukar lining brek drum 

  1. Sebelum melakukan kerja menukar lining brek kereta, pastikn enjin kenderaan dimatikan
  2. Kemudian ambil jek dan jek dibawah belakang kereta. Jek mestilah kena pada tempat yang keras bagi mengelakkan kemalangan
  3. Selepas kereta dijek,buka tayar dbelakang kenderaan dan letakkan tayar di bahagian bawah kenderaan.
  4. Selepas tayar dibuka, buka yang berada dibahagian cover drum
  5. Selepas skru drum dibuka, untuk cover drumpelahan supaya mudah ditanggalkan
  6. Selepas itu, tanggalkan cover drum dan letakkan di tempat yang selamat
  7. Kemudian buka spring yang berada di bahagian lining brek
  8. Selpas spring dibuka, tanggalkan brek lining daripada brek pump 
  9.  Kemudian periksa brek pump.Jika brek pump bocor,gantikan dengan pump yang baru
  10. Sebelum brek lining dipasang, bersihkan kotoran habuk di bahagian lining dan brek pump
  11. Selepas kotoran habuk dicuci, ambil brek lining yang baru dan pasangkan lining
  12. Masukkan semula spring pada brek lining bagi mebngelakkan brek lining tertinggal
  13. Selepasbrek lining di pasang, cuci kotoran habuk di bahagian cover drum
  14. Selepas itu, ambil cover drum dan pasangkan semula cover drum 
  15. Ikat semula cover drum dan periksa semua bahagia skru. Pastikan semua skru diikat dengan ketat
  16. Selepas semua sudah di periksa, ambil tayar dan pasangkan di kenderaan
  17. Turunkan semula jek dan letakkan jek di tempat yang selamat
  18. Kemudian susun peralatan yang di gunakan dan hidupkan enjin kenderaan bagi menguji kecengkaman brek.


Gambar 1
Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4
Gambar 5
Gambar 6
Gambar 7

Jenis - jenis sistem brake

  • Mekanikal
  • Gabungan mekanikal dan hidraulik
  • Hidraulik
  • Angin ( pneumatik )
 
 4.2 Tukar minyak pelincir kereta


Keperluan:
Bahan Bahan :
            1) Minyak Pelincir Enjin
            2) Penapis Minyak Pelincir (Oil Filter)
            3) Drain Plug Washier

Alat/Perkakas : 1) Item Perlindungan Kederaan

      • Pelapik sisi kenderaan (Fender Cover)
      • Lapik Lantai ( Floor Mats)
      • Seat Cover (Pelapik kusyen)
      • Steering Cover (Pelapik Stereng)      
                        2) Peralatan Perlindungan Diri
      •  Baju Bengkel
      • Sarung tangan (kain)
      • Kasut keselamatan (Safety Boot)

Cara - cara menukar minyak pelincir

1. Memasang peralatan perlindungan kenderaan dan memakai peralatan perlindungan diri.
2. Jek kenderaan menggunakan hidraulik jek/jek buaya.
3. Memasang  (Safety Stand)       
4. Membuka skru buangan minyak pelincir (drain plug) pada bahagian takungan minyak enjin ( Oil Sump.
5. Membuka penapis minyak pelincir (Oil Filter)

              Spanar khas diperlukan untuk membuka penapis minyak ini (Oil filter wrench)
6. Memasang semula drain plug dan oil filter (yang baru)

7. Jek kenderaan dan keluarkan sangga keselamatan, kemudian turunkan kenderaan.

8. Memasukkan minyak pelincir yang baru pada bahagian pengisian minyak.


Gred minyak enjin yang digunakan hendaklah mengikut kesesuaian enjin.

9. Menyukat kuantiti minyak pelincir yang dimasukkan melalui penyukat minyak pelincir (oil dipstick)


4.3 Menukar minyak enjin

 Peralatan-alatan


  • Spannar 
  • Universal air filter
  • Super car jack
  • Sediakan bekas untuk minyak hitam yang telah digunakan
Cara menukar minyak enjin
  1. Tarik hand- brake dan masukkan gear satu 
  2. Guna car jack untuk naikkan kenderaan bahagian hadapan
  3. Sediakan peralatan seperti spanar,pembuka oil filfter wrench dan satu bekas takungan minyak hitam
  4. Mula-mula longgarkan nut screw untuk memotor oil pan dahulu dan gunakan pembuka khas 
  5. Sediakan saiz bekas yang sesuai untuk menampung minyak hitam yang telah digunakan
  6. letakkan dibahagian bawah skru penutup tangki minyak hitam
  7. Seterusnya hanya pusingkan skru penutup oil pan dengan tangan sahaja 
  8. buka pula oil filter yang kita longgarkan
  9. OIL FILTER - sama seperti minyak enjin 9000 km
  10. Gantikan filter/ penapis yang baru
  11. Setelah anda berpuas hati,ketatkan semula skru penutup tangki bawah minyak hitam dengan spannar.Tapi jangan kuat-kuat sangat.
  12. Setelah di pastikan oil filter dan oil pan nut di ketatkan barulah tuang minyak enjin. Berapa banyak nak isi ?isikan 1/2 atau 2/3 dahulu
  13. Pastikan ianya tidak terlebih paras maksium dan tidak terkurang paras minimum.
   
4.4 Cara menukar palam pencucuh


 Ada dua jenis sistem nyalaan yang kebanyakan kenderaan gunakan iaitu DI(distributor less ignition system) and COS (coil over spark plug) tidak ada wayar palam pencucuh. Sistem nyalaan yang akan diterang kan cara-cara menservis ialan jenis DI(distributor less ignition system).



1. Keluarkan klip wayar palam pencucuh (retainer clip)

2. Keluarkan klip wayar palam pencucuh. Ini bagi memudahkan kerja untuk mengeluarkan wayar palam pencucuh dari palam pencucuh.


3. Keluarkan wayar palam pencucuh dari palam pencucuh, pastikan keluarkan ikut urutan, spark plug wire yang paling panjang adalah di piston bernombor 1 manakala yang paling pendek di piston bernombor 4.
4. Keluarkan wayar palam pencucuh juga dari distributor cap, sebelum mengeluarkannya, pastikan kita tahu firing order (urutan agihan) enjin. Urutan agihan enijn ialah 1-3-4-2. omboh yang hampir dengan timing belt adalah nombor 1 dan diikuti 2,3,dan 4.
5. Pada distributor cap ada urutan agihan, pastikan kita mengetahui urutan agihan pada distributor. Ini penting kerana untuk memastikan tiada kesilapan yang berlaku apabila memasang semula wayar palam pencucuh.



6. Setelah mengeluarkan spark plug wire, periksa dan memastikan spark plug wire dalam keadaan baik, jika berlaku kecacatan pada wayar palam pencucuh gantikan dengan yang baru. Susun mengikut panjang wayar palam pencucuh. Ini memudahkan kita apabila hendak memasangnya semula.

7. Gunakan alatan tangan yang sesuai, gunakan spana palam pencucuh atau soket palam pencucuh untuk mengeluarkan palam pencucuh. Buka lawan jam (counter clockwise)


8. Setelah mengeluarkan palam pencucuh, periksa palam pencucuh sama ada boleh digunakan lagi atau pun tidak, jika masih boleh digunakan lagi suci atau basuh palam pencucuh dengan menggunakan petrol, berus dawai dan kertas pasir tetapi hanya jenis kerosakan biasa seperti plug bercarbon, berdebu dan basah (berminyak). Gunakan filler gauge untuk periksa gap pada palam pencucuh. Gap yang baik adalah 0.8 cm atau 0.35 inch.


9. Pasang semula spark plug, pastikan pasang palam pencucuh tidak terlalu ketat dikuatiri palam pencucuh akan rosak jika dipasang dengan ketat. Pastikan wayar palam pencucuh dipasang dengan betul.

10. Sebelum menghidupkan enjin,periksa radiator dan minyak enjin (minyak hitam).


4.5 Pam tayar kereta ( pump check )

Peralatan-alatan yang diperlukan:-
  • Pengukur tekan tayar
  • Pam udara / Pemampat
Cara - cara memampat tayar kereta
  1. Beli pengukur tekanan tayar untuk mengukur tekanan dalam tayar kereta anda
  2. Guna pam basikal atau pergi ke stesen minyak berhampir rumah. Pastikan tayar kereta anda dalam kenderaan.
  3. Rujuk kepada manual kereta anda atau pada pintu setelah pemandu untuk melihat tekanan tayar disyorkan. Setengah kenderaan memerlukan jumlah tekanan yang sama lagi setiap tayar, tetapi tayar depan dan belakang selalunya berbeza jumlah tekanan.
  4. Tambah angin jika kurang daripada yang diperlukan, atau buang angin jika lebih daripada yang diperluan. Tekan pin ditengah pada batang injap dengan kuku atau apa - apa peralatan.
  5. Gantikan penutup batang injap. Ulang setiap langkah bagi setiap tayar.

Gambar 1

 Gambar 2

 Gambar 3

4.6 Membuka dan memasang brek pad kereta

Peralatan yang diperlukan 
  • Soket saiz yang sesuai
  • Skrew drive besar
  • Tukul
  • Penyembur pembersih brek

Cara - cara membuka dan memasang brek pad kereta
  1. Jek kereta dan buka bonet hadapan
  2. Tekan piston caliper sehingga masuk ke dalam supaya memudah anda memasukkan brek pad yang baru kelak
  3. Buka dua skrew yang memegang brek caliper
  4. Tarik keluar brek pad dan tempatnya, sekiranya ketat cungkil dengan crew drive
  5. Pasang brek pad baru ke tempatnya semula, pastikan shim dank lip bawah dipasang
  6. Pasang brek caliper, ikatkan dua skrew semula seketatnya
  7. Pasangkan tayar semula. Pam brek anda sehingga tekanan brek sempurna, pandu dan test brek
Jenis - jenis tukar brek pad
  • Ceramic 
  • Carbon


Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3











Comments

Popular posts from this blog

BAB 5 : CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN

BAB 3 : LAPORAN MINGGUAN